20 February 2014

Perasaan - Feeling

" Kezaliman terbahagi dua, iaitu Menzalimi diri sendiri dan Menzalimi orang lain."

 

**Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik dan perbuatan dosa atau maksiat 

 

**Menzalimi orang lain adalah menyakiti perasaan orang lain/ aniaya, mensia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan.  

 

Zalim  secara istilah mengandung pengertian “berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara-cara bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam”. 


Diantara perbuatan-perbuatan zalim yang  mengotori hati iaitu:-

 

## sombong 

## dengki (tidak suka terhadap kebahagian orang lain)

## ghibah(membicarakan keburukan orang lain)

## fitnah (menuduh tanpa bukti yang kuat)

## adu domba (bermuka dua)

## dusta (bohong)

## ujub (bangga diri dengan merendahkan orang lain) dan lain sebagainya.  

 

Dalam pergaulan dan interaksi kita dengan orang lain, sebaiknya benar-benar menjaga perkataan dan sikap kita agar tidak menyinggung dan menyakiti persaan orang lain, apa lagi sampai berbuat zalim.

 Kalau kita tidak sengaja melakukan kesalahan kepada orang lain saja, kita harus segera minta maaf, terlebih lagi bila kita dengan sengaja melakukannya.


Allah SWT telah mengingatkan dalam Al Qur’an bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasan dari-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam QS. Al Zaljalah : 7-8  “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya juga“.


sebagai saranan agar kita tidak menzalimi diri sendiri mahupum orang lain dan semoga Allah s.w.t jauhkan diri kita dari dizalimi serta In Shaa Allah menjadi asbab mendekatkan diri kepada Allah s.w.t 

حَسْبُنَا اللهُ رَبُّنَا اللهُ

  • Jika kamu sentiasa di zalimi dan dihalang dari mengabdikan diri kepada Allah (swt), janganlah kamu melawan atau menentang kembali dengan perbuatan yang sama atau kekasaran, sebaliknya lakukanlah zikir HasbunAllah RabbunAllah, atau boleh juga Robbunallah Hasbunallah, yang bermaksud “cukuplah Allah bagi kami/pelindung kami, dan Allah adalah Tuhan kami (tempat kami bergantung segalanya)”. Lakukan sebanyak 40x atau 100x sehari.

di sini diri ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin diatas segala salah dan silap, sedar atau pun tidak, sengaja ataupun tidak daripada semua. semoga Allah s.w.t sentiasa mencucuri rahmat, hidayah dan redha Nya In shaa Allah semoga pengakhiran kita adalah "husnul khatimah"... aminnn....             

Juz sharing dan memohon agar diri ini terhindar daripada perbuatan itu.  

(copypaste)


BLuvNey